Friday, December 17, 2010

Ihya' 'Asyura

Salam 'alaik, Lagak ilmiah tajuk ini. Manalah saya mampu mengupas tentang 10 Muharram dan kebaikannya; cuma amat bersyukur kerana dapat lagi meraikan 10 Muharram tahun baru hijri ini. Puasa hari ini agak tercabar kerana ada tea-party sebelum waktu kerja berakhir. Serbasalah jadinya. Allah Maha Pelindung. Tiada siapa sedar saya tidak makan.
 " Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau bersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami." - Al-Baqarah(2:286)

Tahun lepas, pada waktu ini saya dilanda geram dan sedih yang teramat. Wah. jahatnya hati yang masih enggan lupa titk hitam setahun lalu. Manisnya,senja Hari Asyura itu saya dihadiahkan perkenalan dengan seorang pembimbing yang amat ramah dan kenal muka baru yang datang dari jauh menadah ilmu darinya. Seperti bertemu kawan lama, saya diraikan sebaiknya. Dialah yang mengajar doa-doa asyura dan banyak lagi menfaat yang lebih indah dari janji kembara yang terlepas itu. Bukankah aturan Allah itu lebih manis dan indah?

Waktu-waktu ini juga tekak ini amat nakal meminta penganan manis.Hairan ya,waktu lain tidak pun kepingin bubur asyura tapi bila tiba 10 Muharram, tangan ini gatal selagi tidak menjamahnya. Memori manis agaknya yang dirindu, bukan saja hawa pada makanan itu. Semuga dilapangkan waktu untuk mengulang lagi cicipan manis bubur 'asyura tahun ini, seperti tahun-tahun lalu.

Sesuungguhnya Engkau bersifat dengan segala yang makruf ya Allah; kurniakanlah padaku kebaikkanMu dan cukupkanlah aku dengannya dari yang selainnya dengan rahmatMu, Wahai yang Maha Pengasih.

Monday, December 13, 2010

Tiada yang seindah kenangan

Akhirnya, saya pecahkan kemalasan dan mula mengaktifkan kembali  jari jemari mengisi blog yang kesepian sejak laaaaaama. Ada cerita yang mengetuk hati.Benarlah kata meraka...tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermanja.Tiap-tiap bulan saya balik kampung tapi dua hari di kampung kelmarin amat berbekas di hati.Ucap tawa masih terngiang. Senda dan sedu masih terasa.
Bertemu Sal. Kami akrab sejak entah bila. Dari zaman  main pondok-pondok. sama-sama malu-malu bertukar cerita awal remaja hinga kami terpisah bila dia melangkah ke Singapura sebagai isteri orang sebaik kami selesai SPM. Kami pernah berjanji mahu sama-sama ke universiti. Tapi Sal akur dengan perjanjian keluarga yang dimetri dalam kapal pelayaran haji. Dia tidak sedikit pun kesal atau sedih menerima Abang S sebagai suami dalam usia belasan. Ayah ibu Sal dan Abang S bertemu waktu mereka sama-sama belayar ke Makkah. Mereka berjanji untuk mengeratkan persahabatan dengan mengahwinkan anak-anak mereka. Waktu itu  Sal belum lahir lagi! Indahnya kasih sahabat hinggakan Kedah-Singapurra amat dekat dihati mereka.Saya teringat waktu kecil , selalu juga dapat hadiah baju dan kek lapis dari Singapura bila ibu sayah Abang S datang berziarah setahun sekali. Hari perkahwinan Sal adalah hari terakhir kami habiskan sama-sama. Selepas itu, cuma sekali kami bertemu, beberapa hari sebelum saya sayap saya tumbuh dan terbang,Sal pulang dengan baby Rosa yang putih gebu! Kami berjanji akan berdoa untuk segala yang terbaik untuk kami.
Kelmarin, waktu hadir ke jemputan perkahwinan; saya nampak kelibat Noor, adik Sal dan kami bersapaan. Sepantas itu juga Noor menarik tangan wanita anggun berjubah merah dan detik itu kami terpaku. MasyaAllah! Alhamdulillah. Dah lebih 20 tahun tak jumpa, kami menyambung rentak bicara dan ketawa. InsyaAllah Sal , dengan izinnya kita tautkan kembali kemanisan masa silam dalam kisah baru yang bakal kita buka.

Ada juga kisah pilu. Merembes airmata mengenangkan kawan sepermainan yang dulunya tangkas dan laju berlari, hari itu dipotong kakinya. Pengkebumian kakinya diurus hormat dan disemadi di atas pusara ayahanda. Semuga dia tabah. Semuga keluarganya kuat menghadapi ujian ini. Bak kata Sal" Allah ambil kakinya yang rosak supaya dia lebih sihat untuk hidup lebih lama.. InsyaAllah". Sabar ya Ji, Cik Nah dan seluruh keluarga.  
Istana lama.. sedih. Halamannya jadi tempat buangan sampah. Tak sampai hati melihat keadaan istana Tunku Kudin waktu saya lewat ke sana pada padi Ahad lalu. Nampak tak tong sampah majlis perbandaran tu...
Istana ini dulunya kawasan yang menggerunkan. Bukan saja ceritanya, tapi persekitarannya, Saya kalau lalu di sini mesti pejam mata meruntun tangan mak. Takut dan seram kini jadi sedih dan sayu mengenang sejarah yang dilupakan.

Kenduri kendara memang meriah...ahh.. rugi besar lah tak sempat merasa laksa dan pulut kacau itu.huhuhu.. Kini hati kembali digamit rindu...

Thursday, November 18, 2010

Aku Ingin

aku ingin
merasa desah resah Hajar
berlari antara Safa dan Marwah
mencari air untuk anak yang sangat dahaga
aku ingin
lalui lembah batuan
mereroka diri yang kelam ini
mengisi sinar
dibawah bayang Baitullah
Seakan terngiang tangis Ismail
yang dahaga
itulah tangis hatiku
yang gersang.

aku ingin melontar
elemen noda dalam hati
dan kembali padaMu
bersih polos
sebagai hambaMu

 Ya Allah, permudahkanlah untuk diriku untuk menjadi tetamu Mu di bumi Mekah dan terus merindui untuk kembali ke sana, sepertimana doa Nabi Ibrahim a.s..:“Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriat di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitul Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah).”‌

Friday, August 20, 2010

Checklist.checklist..checklist

Banyak keberuntungan kerana tawaran istimewa bulan mulia ini . Bulan ini rezeki melimpah ruah, terserahlah kita untuk mengutipnya ..Rezeki untuk bekalan dunia juga rezeki utk bekalan akhirat.Cheklist ni dikutip dari alBazrah. Tks Diqma.
1. Membaca Quran dan khatam

2. Tadarus Quran

3. Tahajud/Qiyam

4. Zikrullah

5. Selawat

6. Doa

7. Sedekah (seminggu berapa/ sebulan berapa/ sedekah apa? makanan, duit, barang, dll)

8. Sahur/berbuka (usahakan mengikut sunnah)

9. Terawikh/ witir

10. Solat jemaah

11. Solat sunnat

12....Lailatul Qadar hunter...

13. Taubat dan taubat dan taubat....

Di manakah aku?

Saturday, August 14, 2010

Bersantai di Krabi 1

Lari dari kesibukan kerja dan tempahan hujung minggu; saya ikut suami berkonvoi motosikal ke Krabi, Selatan Thai.

Hilang lelah melihat peraduan berhias indah
Pagi esoknya kami naik bot laju menerjah rangkaian pulau-pulau di perairan Krabi dan Phuket
main air ,berjalan-jalan dari pulau ke pulau...


tak terucap dengaqn kata-kata. Indahnya bumi Tuhan.
Koh Phranang; formasi gua batu kapur membuka laluan ke sebelah sana pulau...

Basah dan letih lepas snorkling

naik ke darat


 sewa skuter, ronda-ronda sekitar Krabi, AoNang. Motor kami kat belakangggg...nuuun

hehehe..macam zaman P.Ramlee daaaa.....



Monday, July 19, 2010

Raden Galoh

Doa Dalilah yang tidak pernah putus-putus untuk pembaca blognya http://onebreastbouncing.blogspot.com/

“Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini dan setiap mereka yang mendoakanku, sihatkannya, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Amiin”

Alfatihah, dia dijemput Ilahi pagi ini. Semuga Allah merahmatimu.

pre-launching of her book, talking to Mas, Dodie and KakAnie


Wednesday, June 30, 2010

kuMohon

Benar kata seseorang, perasaan perempuan merasa yang pelik-pelik. Fikiran perempuan berfikir yang macam-macam. Kalu hati tidak kuat, jiwa goyah sedikit walaupun tidak senget!!!! Salahkah jika begitu, kerana kejadian kita pun dari tulang rusuk yang bengkok. Astahfirullahal'azim.....

اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.



Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

(Riwayat Ahmad, dan lain-lain. Sebahagian ‘Ulamaa’ mensahihkannya manakala Ad Daaraqutniyy menyebut terdapat kecacatan pada sanadnya dalam ‘Ilal karangannya. )

Dalam hadith di atas disebut bahawa Allah akan menghilangkan kesedihan seseorang dan menggantikannya dengan kegembiraan apabila membacanya. Maka bacalah ia.

Oleh: Dr. Imran ( abulwafaa )
Sumber: http://abulwafaa.protajdid.com/

Monday, June 14, 2010

Salam Rejab

Salam "Setahun sekali Rejab mengunjungi kita.Layanilah dengan amalan-amalan yang semestinya..."Sabda Rasulullah SAW :Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanku(Muhammad) dan Ramadhan bulan umatku dan Hendaklah kamu memuliakan Bulan Rejab ,nescaya Allah akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari qiamat."......Selamat menyambut Bulan Rejab (14.6.2010).........Amin

Tuesday, June 1, 2010

Laknat Israel

Salam all,
Kemanusian hilang dek kerenah satu bangsa bernama Israel
Sama2lah kita berdoa & buat solat hajat..

Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan
kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza
melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada
Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk
Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari
tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi
mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada
Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di
atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah
semata-mata atas dasar kemanusiaan.


3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada
Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.
Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk
makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan
menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam
dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh
kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai
dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih
540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli
akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang
daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80
tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini
walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan
bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan
yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan
masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah
melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di
perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan
kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel
menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari
seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB
Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah
Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin
mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim
Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan
menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk
menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian
lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk
meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel,
termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan
bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk
menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu
ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik,
pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya
bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan
kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah
menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di
kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat
meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau
mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan
misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para
sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malays

Thursday, May 20, 2010

Ke Makam Bonda

Tarikh ini 7 Jamadil Akhir, hari Khamis; serentak azan maghrib, empat tahun lalu, mak pergi dengan tenang dan tinggalkan selembar senyum dibibir. Kata suamiku, wajah mak nampak muda macam masa kami mula-mula kahwin dulu.
Beristirehatlah dengan tenang di alam barzakh mak. Doa kami anak cucu dan cicit mengiringmu setiap waktu.
al-Fatihah untuk mak, Hajjah Rukiah binti Hj Abd Hamid.

Wednesday, May 12, 2010

Pohon Rendang

Saya terima panggilan dari dia. Bagai air gunung mengalir dan menjirus dikepala…sejuk dan nyaman mendengar suaranya. Dia khabarkan tentang tanah bendang saya yang agak “panas”.. . Sebak sungguh kala dia berkata. “ aku cuma nak buat yang terbaik kat semua orang”…Saya akur saja sebab dia lebih arif dalam membuat keputusan. Lagipun kaki ini tak pernah mencecah lumpur di bendang itu, segala urusan saya serahkan pada dia. Kami berdua di pihak beralah…tak mengapa!
duhhhhh.. rindu sungguh. Sejak aruah pak pergi kala usia saya menginjak 18, dia adalah tunjang dan payung..Hingga kini bersuami dan beranak pinak, dia masih pohon rendang yang memberi teduh dan buah nan manis. Dia tidak pernah jauh. Muncul waktu susah dan sama-sama gembira waktu senang. Selepas mak dia adalah yang paling saya rindu waktu berjauhan. Bait-bait puisi ini yang pernah saya ungkapkan lewat rindu yang rimbun pada musim luruh 1988.

Brother, we had a time once
when the leaves fell softly
in our yards
and you enlisted me
to rake them into pile
ordered piles.
Even then I made it hard
for you brother
with giggling and running away
When I was just six
I’d pull a bloody knee
to my lips and suck
the cut clean
because it took the sting
if I made it
bleed enough

Sept'88
St Louis, Misouri

YaAllah, berkati lah hambaMu itu….berilah dia kehidupan terbaik di dunia dan akhirat. Sejahterakanlah dia, permudahkan dia dalam urusannya. Wahai Tuhanku, kurniakan pada kami kemampuan untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugerahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk selalu beramal soleh yang Kau redhai. Kurniakan pada kami kebaikan dalam keturunan kami, sesungguhnya aku bertaubat kepada- Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Sunday, May 2, 2010

A Note

Not letting myself down again. Enough with what I'd gone through. Life teaches to be stonger and learns the art of surviving. Can't only depend on hardwork as it comes with prayers. How good you plan and do, Allah decide what is not for you.

Wednesday, April 21, 2010

Minggu lepas...

Isnin - biasa-biasa..sampai rumah ada potongan ciku dalam peti ais. Bismillah.... Gulp! "Ter"buka puasa sebelum waktu nya!!! Macamana nak dapat puasa yang khusyuk kalau minda asyik melayan selera??/? Astaghfirullah.....
Selasa - Kejutan menjelang tengahari. Abang Razak di jemput Allah. Lemah seluruh anggotaku.Tak pernah aku hilang daya seperti ini. Ini kematian ketiga pada hari yang belum pun mencapai separuh bulan April. Bermula dengan Pakcik ( ayah angkat kami) ; kemudian aruah Yusri, dan hari ini abang ipar yang masih segar bugar waktu kami jumpai dia Ahad lepas. Berita ini betul jadikan aku longlai. Boss bertanya; " r u OK?" . " can u drive home". Entah; tapi yang pasti aku perlu segera temankan suami menziarah jenazah abangnya yang satu. Suara suamiku menafsir kilat,desah,sedih. I need to be strong for him. Aku ambil sedikit waktu tenangkan diri; sambil mengarah Farhah selesaikan kerja aku yang  dalam kategori "die-die must do today".
Kami tiba sebagai keluarga yang pertama sampai. KakShim ditemani rakan sekerja dan jiran. Nampak tenang tapi bila aku menciumnya, dia tersemban dan menangis sendu. Semahunya. Sama seperti waktu kehilangan Azrul tahun lepas. Waktu begini, kata-kata tidak perlu. Sentuhan, doa dan hadir di sisi mereka yg ditinggalkan lebih afdal.  Sepetang kami di Jawi, Sg Bakap kemudian menjelang senja jenazah di bawa pulang ke qariah Sg Ara,  untuk persemadian. Sendu melihat Dija dan Duan yang baru kehilangan Azrul lebih setahun lalu, kini ayah menyusul pergi secara tiba-tiba. Mak kulihat tenang dan diam, redha dengan pemergian putera sulung.
Selesai semuanya, baru terasa badan merenyut letih.
Semalam berlalu pergi, tapi kesenduannya kekal dalam lipatan. Yang pergi , semuga roh mereka tenang. Semuga segala amalan baik diterimaAllah. Semuga ditempatkan dikalangna hambaNya yg beriman.

Rabu - letih yang teramat. Cuti dan rehat.
Khamis & Jumaat - tenggelam dalam kerja yg ditinggalkan sehari setengah.
Sabtu - Mandi coklat dan spring cleaning
Ahad - Shima&Shariffah Norlaila bertamu. Alhamdulillah. Lepas maghrib, anak-anak buat suprise!
Laaaa...minggu depanla b'day Mama
Tauuuuu.. tapi minggu depan tak boleh balik dari hostel.....
Oooooo.. patutla tadi diam-diam 4 orang itu menikus pergi Jusco tak ajak Mama....patutla sekejap-sekejap ada meeting kat bilik Kakak.....patutla pintu bilik Kakak asyk berkunci....
Hahaha... bersungguh benar cintahati Mama....
Terima kasih sayang, sayang sayang dan sayang....

Monday, April 5, 2010

Rambling of Cake Décorator Wannabe

One maybe just enjoyed working in her kitchen.
Been to a wedding, she had seen and tasted the cakes or cupcakes and she thought,
 "I can do this!"
Or her boss used to say, "your baking is so delicious,”
and friends also said “ your cakes are so beautiful”
and another had tickled with $$ driven suggestion...”you should go into business".
 To them she replied, “I just starting to learn and still a real far from a home-business”.


and....far from perfection

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Jalan Kekasih

Kala cinta mekar di taman. Rimbun kasih menjunjung pesona mekarnya sepasang putra Danish dan  putri Dhiya. Semarak sayang melingkung alam rumahtangga dan famili sekitarnya. Yang ada dalam impian adalah niat membahagiakan semua yang ada pada seluruh lingkung kehidupan. Yusri dan Ismayanti pasangan bahagia dan ceria. Tingkah tulus mereka sederhana, mengundang pesona dan kasih sayang seluruh keluarga.

28 Mac 10.30malam;
Bencana , tiada siapa menduga. Meragut seluruh deria. Kosong - tiada rasa mencerna. Nafas seakan terhenti. Seluruh jiwa kami terpempan. Pergimu sekelip mata. Ceritanya di sini dan sini.
Selamat jalan anakanda Mohd Yusri Abdul Wahab. Demi Ismayanti , kami di sini, seluruh keluarga mertuamu dan sanak saudara, sentiasa bersamamu.
Luluh jiwaku melihat Yan di sisi jenazah suami. Sugul dan kosong. Tiada kata. Menahan tangis kerana kami perlu kuat untuk dia. Yakinlah sayang, Allah tidak menguji diluar kemampuan hambaNya. Masih terlalu baru untuk bercerita. Masa dan iman adalah penyembuhnya.
Alfatihah dan tahlil kita kirimi, semuga roh Allahyarham bahagia dan tenang di SANA. Setenang wajahnya di persemadian terakhir.

Tuesday, February 23, 2010

Salam Maulidur Rasul

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

` Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah S.W.T akan berselawat ke atasnya sepuluh kali`
Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-`Ass r.a

Tuesday, February 16, 2010

Dari Eire ke Kijal

Paling manis yang singgah di hati pada perjalanan ke T'ganu kali ini ialah bertemu Maliah sikembar Milah. Bertahun terpisah sejak kali terakhir kami bertemu di Eire, Penyslvania tahun 1988. Musim panas yang perit bagi kami berubah segar dengan kenyamanan sekitar Gannon University di pinggir tasik besar. Seminggu aku di sana, berkali mengelilingi Presque Isle dan memancing ikan segar! Kangen ! Macam budak kecil berkejar di pantai tasik cuba menangkap seagull. Kerja tak masuk akal, dan ketawa bergolek dalam pasir..  manisnya waktu itu menepati cerita lagu Sudirman, Maya.
Dalam aku sibuk-sibuk mengumpul kawan-kawan untuk re-union, suami selalu bertanya, ada tak jumpa sikembar Milah dan Maliah.  Kembar lincah, cantik tapi pendiam ini memang terkenal waktu sekolah dulu. Memang teringat-ingat dan tercari-cari. Namun tiada jejak.
Dalam majlis itu aku perhatikan dia sibuk menggalas dan memetik D8.
 Tentunya dia di pihak tuan rumah tempat kami bertamu. Usai majlis sarung cincin  dia bersembang dengan mak pengantin lelaki ( pihak kami)manakala aku berdiri sebelah menyebelah cuma diam mendengar memerhati wajahnya dan rasa macam kenal raut muka itu. Bila dia perkenalkan dirinya orang Jitra, cepat saja aku menigkah, Jitra kat mana.?
"Guar Napai",katanya.
Zzzuuup! Aku pasti..
"ini Milah Maliah ka..."
"Ya.. Milah kan...Ya Allah.." dia pun masih ingat nama aku.
Kami menjerit kecil berpelukan tak hengat majlis orang sedang berlansung.....
Antara tangis dan air mata...soalan bertingkah jawaban dan kepastian.
Katanya. "tu lelaki  pakai D8 juga macam aku kenal"
"Eh, itu suami aku, classmate hang la tu..."
"Hah, hang kawin ngan dia!"
"hahahaha..keciknya dunia!". Serentak pula kami bernada..dan tergelak ria.
Kami berpelukan seiring keluar mencari suamiku. Nasib baik dia dah selesai makan, kalau tak mau tercekik cik abang aku!
"Eh nama dia apa ha.. aku lupa"
Azhar!
"Ha ah, Ad!..la..bila masa hampa bercinta..."
kui kui kui...
"Wwei,, Ad, ingat aku dak?"
( konpius jap pakcik tu!) Blur ja nampak muka dia pandang aku dengan tanda soal.
"Ini Maliah bang, kembar Milah.. yang abang selalu tanya tu.."
"MasyaAllah... hang buat apa kat sini.."
Mula la depa gebang pasal classmate depa pulak...!
Waktu depa sembang, baru dapat aku jawab pertanyaan tuan rumah yang kehairanan pelik tengok kami. Malu pulak aku kenangkan perangai 2 makcik yang macam kanak-kanak riang tadi.. Aisshhhhhh.. malu jugak!
Aku pun terangkan pada rombongan kami tentang siapa, apa, kenapa, bagaimana, bila...duduk cerita tentang kami bertiga. Anak-anak aku dah biasa dengan episod ini, senyum sajalah. Another jejak kasih! Itu komen mereka
1988 - 2010; masa mungkin mengubah keadaan tapi silaturrahim tetap manis.
Kami masih sebak!

Terima kasih anak saudaraku Yas yang mencari jodoh gadis Kijal dan kerananya  kami bertemu. InsyaAllah ukhuwah tetap segar selepas ini..

Wednesday, February 10, 2010

Aishhhhhh....

3 minggu tak update mana-mana blog. Sebabnya..
1.  Facebook?.. ceecccee ceeehhhh. Mana tak mengaku lebih mudah update status FB dari menulis dlm blog. Sebenarnya pun FB juga berhari-hari tak ada update!
Internet slow! Kenapa akhir-akhir ni internet lembab. Mmg terbang sabar menanti internet lembab; lebih baik lipat baju, buka kotak coklat, buat bunga atau apa-apa saja dari tercongok memerhati pergerakan updating status yang berjalan macam puteri semut berdenyut! Geram dengan masalah lembab ni sampai hilang semua idea yang sebelum tu berderet untuk dituliskan...

2.  Sibuk la KERJA!. Sapa tak sibuk kan....Dalam dua minggu ni ada-ada saja yang tak betul dalam ofis ni, yg accident, yang kematian bapa, yang tiba-tiba masuk hospital...aisshhhhhh.. sedikit sebanyak ada la juga kesannya pada kita kan...Itu ini begitu begini, hari dah petang dan sampai waktu logg off sistem balik.....

3. Tempahan : untuk CNY dan Valentine's.. Oppps.. tak ambik order un utk kawan-kawan yg nak sambut CNY; tapi banyak betul tempahan untuk orang Melayu yang nak berkahwin dan bertunang semas cuti panajng CNY tu. Meriah la jugakla living hall saya berbunga-bunga ( macam kat Dodie, living hall dia dah macam gudang...) . Kebetulan semua mereka nak tema seakan serupa ; malah warna yang sama. Adushhhhh.. 2 bakul besar ( laundry basket tu.. ) bunga-bnga pink, maroon, putih, brown, creme. Riben segala bagai. Asyik tau....Masuk rumah, letak beg, pegang benda tu dulu sementara duduk lepaskan penat....
Ramai juga yang nak menempah coklat untuk Valentine..Maaflah ya.. makcik tak buat jualan untuk sambutan Valentine's Day. Makcik ikut pendapat ramai ulama yang mengatakan hasilnya adalah subhah kerana bersekongkol atau tidak menolak sambutan lagha yang asasnya adalah dongeng. Tak dapat nak komen kalau orang lain nak sambut; tapi makcik cuba didik diri makcik dan anak-anak mackcik untuk cuba menjauhi hal yang sepatutnya tidak di amalkan.  
Jadinya, sibukla juga bermain bunga dan riben, kotak dan bakul, coklat dan tepung...Sebab tu la blog tak update!

4. Hobi baru.. sudah sangkut sama itu D80 dan HDR.. halamakkkk...Hobi sama ngan hubby. Dia pun masih belajar...Tak pa la.. you go on first.. nanti pandai ajar I pulak....I ikut slow-slow...

Ok la ya setakat ni nak mumbling rambling...ta ta..

Friday, January 22, 2010

Doa Untuk Sahabat - Herry Mardian

Begitu indah ucapan balas dari Nur; mesti kongsi kerana ia begitu menyentuh hati.....

Apa yang lebih indah

dari harumnya mawar berembun
yang tumbuh di tepi danau,
ketika dinginnya pagi beranjak dengan sopan
saat semburat tipis mentari mengintip di cakrawala?


Waktu purnama semalam permisi untuk pergi,
meninggalkan senyum tipisnya yang cantik dalam hatimu?
Yaitu saat engkau tahu
di balik semua keindahan pagi itu,

ada bahagia dari seorang sahabat
yang sedang tersenyum mengingatmu.
Ia antarkan harimu itu dengan lantunan doa indah
yang menghubungkan engkau, dia,
dan Tuhanmu,
dalam satu tali cahaya yang menyala.
Kemudian ia biarkan doa itu terbang berarak dengan riang ke langit.
Maka purnama, embun, mawar, danau, dingin, dan semburat mentari
saat itu berbicara bersama:

Hari ini engkau akan tersenyum,
sebagaimana Tuhan tersenyum pada engkau dan dia, saat itu.



Herry Mardian, 7 Mei 2006,

Sunday, January 17, 2010

Shyyyyy....Koh Lanta

indera samudra melandai fantasi; sunyi nan indah bila cuma berdua
ataukah paling teruja mengayuh mimpi sendiri......nun pulau impian di ufuk sana menggamit rindu berlabuh pada sang senjakala

sang pendayung tidaklah lelah, cuma berhenti pada aturan alam. Kala senja berlabuh, pelayar kembali merafak istirehat; kerana janji nya pada alam menyertai mimpi malam.
nyanyian angin pun bersunyi...
di teratak malam....
berpadu sinar jingga ; juga sang mergastua

Note: with credit to MRH-taken by Nikon D80

Sunday, January 3, 2010

Little Chocolatier

Aktiviti penutup cuti sekolah. Lepas mama mengajar dah nak berkemas barang-barang kelas coklat pertama untuk 2010 ni, dia sibuk minta izin nak buat coklat sendiri. Ya lah, penuh lagi barang-barang atas meja tu. Mama nak mandi dan solat asar dulu sebelum berkemas, dia mula sibuk cari mold bola! Biarlah.. Lepas mandi..nampak macam real la pulak anak bertuah ni , mama sempat capture gaya orang mencair coklat ..


Lepas mama siap semuanya, dia siap dah, keluarkan coklat dari mold bola..



Dua biji coklat dia lekatkan...
dapat lah bbrp biji bola coklat....
Kenyang kalau kena sebiji bola ni. Saiz tepat sebiji bola pingpong...

Feri

Bukan tak selalu naik feri, dan bukan juga pertama kali berada di barisan paling depan feri. Rasanya berada di depan sekali ialah spot terbaik untuk melihat panorama pelabuhan Port Sweetenham ini. Pagi ini saya dan Ammer teruja bila sekali lagi kami dapat spot terbaik dalam feri itu. Paling penting, first in first out. Lagipun waktu itu matahari sedang naik. Cantik matahari naik dan awat larat! Seronok tengok air berkilau, deretan perahu layar berlabuh di marina, kapal pesisir mengangkat kontena, dan bbrp kapal besar mengisi minyak dan membuang air dari perut kapal. Ammer tanya: "itu air kumbahan kapal kan mama".
"Ha ahh..." saya mengiyakan.
Ammer cakap: "Patutlah air laut kat sini tak jernih" dan kami ketawa. Beberapa orang keliling kami juga tergelak.
Seperti biasa kami masuk kereta bila dah hampir ke tambatan. Dua pekerja muda belia mampir. Seorang membuka lilitan tali besar dan bersedia untuk melempar. Saya mula rasa cuak bila seorang dari mereka membuka selak kunci pagar besi yang jadi dinding depan feri dan terus menyorong pagar keselamatan itu ke tepi. Saya ingat dia nak buka sebelah pintu saja. Rupanya tidak, dia juga pintu pagar sebelah lagi...ohhh noooo.. Seriau saya tengok air laut di depan tanpa apa-apa penghadang dengan feri sedang bergerak ni. Waktu itu jarak feri ke ram lebih dari 15 meter dan masih berjalan pada kelajuan biasa. Feri belum masuk pun ke tambatan pintu pagar dah dibuka luas begitu. Kemudan dia mengangkat palang besi dari lantai feri. Palang itu terletak hampir dengan tayar depan kereta barisan pertama dan ia berfungsi sebagai stopper kiranya berlaku renjatan atau force stop waktu feri berhenti. Sereyat darah dan ketaq lutut dah saya ni...Saya membayangkan yang terburuk. Kalau lah apa-apa terjadi, feri tiba-tiba forced-stopped, tentu kereta saya terluncur ke depan, jatuh laut.. Nauzubillah...Saya pandang kiri dan kanan. Kereta di kanan bagi isyarat tangan pusing-pusing sambil geleng kepala ( isyarat kepala tak betul)dan kereta di kiri plat Melaka nampak selamba ja. Saya memang takut betul masa tu sambil baca ayat apa yang mana ingat. Dah la tu, masa pekerja yang sama tadi nak lemparkan tali pengikat pada seorang lagi yang menunggu kat atas tambatan, dia buat main-main saja. Agak pendek tali yang dibaling, tak sampai ke atas. Dua tiga kali baling tak sampai. Pekerja kat atas minta tali panjang sikit, tapi masih gelak-gelak suruh kawan yg kat atas tu tunduk dan sambut. Gila apa! sekali jatuh laut, sapa nak jawab! Dah la depa tak pakai life jaket ka apa ka.. Hinggakan tali tu dah jatuh masuk laut, baru dia karau semula dan baling sekali lagi. Mudah saja pekerja di atas tu sambut tali dan sangkut pada tambatan besi sebesar pokok kelapa tu. Saya nampak dengan jelas pekerja kat atas tu agak marah.

Bila feri dah berhenti dan ram diturunkan, dan dia bagi isyarat suruh saya jalan. Sedangkan di depan kami seorang pekerja turun dari atas dan berjalan di atas ram sambil menjinjing bungkusan plastik ( nasi lemak , dan teh ais agaknya). Dia mundar mandir di situ macamana saya nak lalu... Kereta belakang sudah hon! Saya masuk gear dua dan enjin menderam..
" Langgaq saja dia kak'! Jerit pekerja tadi. Saya tak toleh dan tak senyum pun
terus saja naik ke jambatan sebelum terus berlalu sambil geleng kepala.

What a day! Memang seram bila di ingat balik. Pertama kali saya naik feri yang pintu pagarnya dibuka semasa feri masih bergerak dan belum masuk tambatan. Barangkali darah baru mengalir dalam Penang Port Berhad, mengambil tenaga muda yang gagah perkasa tapi kurang perihatan hal disiplin dan keselamatan. Selalunya saya dapat feri yang pekerjanya lebih berumur tapi mereka tertib dan cekap mengendalikan kerja mereka. Saya suka lihat dari pekerja di bawah membuat lemparan tali pengikat tambatan. Tali besar tu di lingkar pada siku, kemudian dilempar ke atas dengan gaya sekali. Dengan sekali lemparan saja tali dapat disambut pekerja di atas tambatan.
Semuga pekerja tadi lebih peka. Mungkin pengalaman bermain feri saban waktu menyebabkan mereka yakin tak ada kejadian seperti yang saya seramkan tadi berlaku.
Namun sebagai penumpang feri saya berpendapat, perbuatan tadi amat berisiko tinggi dan cara pekerja muda tadi mengendalikan tugasnya sangat cuai!

Saturday, January 2, 2010

Salam Tahun Baru

A bright day today...breezy and cool
May all paths lead to beautiful tomorrow
May finance overflow
May find a good heart and meet lovely people
May cherish love that never ends
May healthy inside out
May all the best comes true
May find Allah in every moment.
May Allah bless all of us in abundance of iman, good health and continuous prosperity in the Wonderful 2010