Saturday, December 31, 2011

Thursday, December 29, 2011

Santai bekerja

Saya offer diri bertugas pada waktu “plant shut-down”. Seminggu operasi pengeluaran kami cuti sempena perayaan Krismas bersambung cuti hujung tahun.

Pelan untuk jalan-jalan tertangguh lagi ; dan tempahan kek dan coklat saya telah tolak kerana pelan cuti tersebut; sementelah rancangan bercuti tak menjadi, jadi lebih baik bekerja. Dapat juga selamatkan 3 hari cuti dari di tolak kerana “plant-shut-down seminggu ini.

Sunyi. Saya suka!. Tenang langsaikan kerja-kerja.

Tenang. Saya tenteram. Mudah merancang “kaizen”.

Mudah bekerja tanpa gangguan. Saya fokus dari awal hingga selesai dan melepasi apa yang di rancang

Senang-senang merehatkan diri kala kepala buntu dan minda tersekat.

Jangan harap nak dapatkan situasi begini dalan ofis pada hari kerja biasa.

Bahagia bekerja sunyi-sunyi…


Kalau ada pun adik-adik jurutera nakal yang mengetuk meja dan buat kacau sikit-sikit… Biarlah mereka memaniskan hari!

Ada juga “planner” yang bekerja…muzik dr CD mereka melangkau ke sini.. biarlah… apa genre music pun saya layan…bukan dengar sangat pun….

Anak-anak buah saya beri cuti dan offline. Pergilah ke mana pun saya tak akan ganggu mereka. Si rajin Helen ada juga bertanya.. boss, is my area OK; is my supplier giving you any problem?

Hey women.. go and hike to the top of Kinabalu .. and don’t bother me working here!

Hahahaa!!!!!!dan jangan lupa bawa pulang terubuk masin saya!

Ada skeleton crew yang masih bekerja. Kontraktor keluar masuk. Macam-macam agenda berlansung untuk memudahkan kelansungan kerja bermula sebaik tirai awal tahun membuka hari.

Pengawal security juga segak mundar mandir meneliti kelansungan. Ya lah.. dengan muka baru kontraktor dalam ofis dan dalam ruang pengeluaran, kami amat berhati-hati. Dua tiga kali saya terserempak pekerja kontrak tanpa tanda nama atau uniform, saya tegur dan mereka juga sopan memberi penjelasan.

Mahu pergi toilet mem; kena pakai nametag jugak kah?

Ya, kamu mesti ada tanda pengenalan setiap minit kamu berkerja dalam kawasan kami!

Huh… garangnya… macam polis la pulak..
Tapi ya, perkara itu paling basis untuk keselamatan.

Dan ya.. saya punya waktu mencilok sambil update blog…..

Hahaha!

Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 23, 2011

Kala Berduka

La Tahzan, kerana ada peringatan yang cantik dari Rasululah

Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih)

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Sabtu (26 Nov 2011) bersamaan 30 Zulhijjah 1432H, merupakan hari terakhir kita dalam tahun ini dan Ahad (27 Nov 2011) Awal Muharram 1433H bulan pertama dalam tahun Islam.

Pada hakikatnya 1 Muharram hadir bersama masuknya waktu Maghrib pada hari Sabtu 26hb Nov 2011. Kita digalakkan agar membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan-NYA. Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Doa akhir & awal tahun boleh rujuk dalam Yassin atau  dibaca beramai-ramai di mesjid atau tempat lain, malah secara bersendirian . TV1 secara life menyairkan doa-doa ini tahun lepas. Mudah2an masuk thn Islam yg baru, blh ada perubahan dalam diri dan kehidupan kita sbg seorang Islam. INSYA’ALLAH.






Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk

waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada

setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca

doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah

telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Friday, November 25, 2011

Monday, October 17, 2011

Autumn in My Heart

I arrived NC in late summer. In few weeks Fall had arrived with colorful leaves. Later leaves are falling. Colors that brightened the fall season are fading. I saw the changing color amazingly. They had so many Fall Festivals. The one I remembered the most is Barefoot on the Mall that international student taking part in BBQ.

We plan a trip to mountain as NC mountains turn into brilliant pallets of color when fall foliage changes naturally making their way from NC mountain peak to coastal plains. Autumn trip to high country of Boone was awesome. We had barbequed deer and fresh water fishes…in basil, oregano, white sauce that all are homemade by guided by seniors...

On the following year,drive to Blue Ridge Mountain was also wonderful. Several places we stopped for freshly picked apple, another for picnic with food we tapau from home.

At home, New Bern River was not bad at all. Strolling along the riverbank was memorable.
Oh Allah.. return me to NC…

Bekalan Hari Esok

Salam semanis kurma, semuga kalian dalam rahmat Allah
Sekadar menulis di sini supaya tidak lupa pelajaran kelmarin, sekadar mengingati diri yang selalu lalai



Jagalah 7 daripada sunnah Rasulullah

1. Tahajjud setiap malam

2. Baca al-Quran sebelum matahari terbit

3. Jangan tinggalkan mesjid

4. Solat dhuha

5. Sedekah setiap hari

6. Sentiasa dlam wudhu’

7. Istighfar selalu



Semuga kalian yang singgah akan mendapat menfaat. Salam kasih saying.

Tuesday, October 4, 2011

sebelum pergi jauh....

sebelum terlalu lelah, tersesat dan tersasar jalan pulang
biar berhenti di sini
duduk sebentar
melihat dalam diri
dan melihat selirat semalam

biarlah
sejarah mungkin berulang tapi peristiwa
tidak berganjak dalam catatan waktu
tiada sesal
ku senyumi jua marahmu

aku cemburu mereka yang dekat denganNya
aku irihati mereka kerana banyak infaq nya
aku ingin dekat dengan Mu tapi masih di sini
aku mahu sekali di samping RasulMu namun tetap di sini lagi

Doaku Ya Rob,
lembutkan lah hati ku untuk sentiasa mensyukuri rahmat dan memuji Mu
lembutkan lidahku untuk sentiasa melazimi ayat-ayatMu
lembutkan tubuhku untuk bangun pada sepertiga malam, berkhusyuk dengan zikirMu

Friday, September 23, 2011

...alangkah...

 
… alangkah enak punya waktu rehat secukupnya. Sesekali mahu jalani jadual yang ringkas tanpa serabut. Tapi apalah maknanya hidup kalau tiada rintangan. Kecil atau besar, ringan atau berat, besar atau kecil , ia perlu di langsai . Melawan arus ertinya mengundang payah yang berganda. Bak kat orang biarlah membujur lalu melintang patah…Laluan hidup insan tidak serupa. Bukanlah beriman dengan qada dan qadar itu rukun pelengkap hidup? Jadinya, pasrah bukan bererti menyerah. Andai sudah terpilih untuk diuji, sabar lah…kerana ujian yang datang itu juga makhluk Allah.

Situasi inilah yg menyebabkan Ar-Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam  memberikan zikir kepada Saiyidatina Fatimah az-Zahra yakni :


Subhanallah, wal hamdulillah, wala i'lahaillah wallahu akhbar, walaqhaulawala quwataillabilla hil'azim.




Saturday, January 1, 2011

Merisik Khabar 2011

Setahun berlalu dengan hanya 44 catatan pada blog ini. Hah! malunya kat diri sendiri konon 2010 berazam mahu menulis memblog lebih produktif. Past is the past...fresh year, fresh plan. Sepintas lalu, 2010 lebih baik dari sebelumnya.Alhamdulillah. Beralih arah kerjaya dan signifikasinya terasa kerana lebih terurus masa dan rumahtangga.