Sunday, September 16, 2012

Terima Kasih;Pindah Rumah

Assalamualaikum dan salam ceria;

Terima kasih atas kunjungan anda. Blog ini berhenti atau mungkin berhenti sebentar di sini.

Kesinambungannya ada di My Kitchen Tales.

Terima kasih

Tuesday, September 11, 2012

patah seribu


Terlalu banyak perkara berterbangan di minda memaksa aku berhentii bekerja dan menulis di Microsoft Blogpost. Sesaknya dada bertindan tindih banyak perkara hingga berbaur berantakan .
Mau ngak..ku buka langit rahsia
Agar kau tahu
Celarunya talian hayatku
Antara awan gemawan yang kelabu
Dan warna-warna kelam
Pun masih ada sinar mentari
Tapi aku tidak pernah lesu
Kerana sebenarnya
Sekalipun aku harus menuggu lama
Pelangi tetap muncul

 

Mau ngak, ku bawa kau selami hati
Agar kau merasa
Pusar arus rasa
namun telahanku, itu tidak adil
bagimu
Jadinya..biar aku berpaksi di sini
Kerana kakiku kejap memijak rasional
Bersendi istikharah
Dalam
Gerun dan pegun

Friday, July 27, 2012

Duhai anak...

Saya amat terkejut mendengar khabar anak gadis yang saya hantar ke sekolah setiap pagi..lari dari rumah.. tak pulang sejak semalam. Di awal Ramadan ini...lembutkan hatinya Ya Allah.. lorongkan dia ke rumah ibu bapanya. Tak keruan jadinya sepanjang hari.
Petang itu selepas menjemput anak di sekolah kami terus ke rumahnya. Niat hati untuk menziarah ibunya dan bertanya khabar. Tentunya dia perlukan bantuan, agak saya. Hampir setengah jam di sana, seseorang menelefon ibunya;khabarkan dia berada di xxkkkmmnnnnooo...kelamkabut si ibu kerana pada waktu yang sama si suami perlu di mandikan dan tak boleh ditinggalkan sendirian. Bapa (tiri) itu memang keuzuran, tambah lemah dek hal kehilangan anak ini.
Saya tawarkan diri untuk pergi menjemput si anak. Di pendekkan cerita selepas sedikit drama, saya dan anak saya berjaya tenteramkan si gadis ini untuk pulang ke rumah. Selesai satu hal.. Kami pulang tanpa sepatah bicara dan sampai kini kami tak bercerita tentang dia.. Biarlah..semuga panas Ramadan ini membakar segala kisah duka jadi debu dan berlalu pergi. Saya bersolat hajat untuk dijauhi segala kejadian begini.. Nauzubillah.. ...Astaghfirullah...
Semuga Allah lembutkan hati anak itu, anak ini dan semua anak-anak di dunia.Semuga terhalang segala niat kurang baik samada dari gangguan emosi atau asakkan luaran. Semuga hati mereka kental dan kuat menangkis panggilan jahat.
Malam itu sebelum kejutkan anak-anak untuk bersahur, saya renung wajah anak satu persatu..Kamulah perhiasan mama yang terbaik di dunia sekaligus amanah yang amat menguji iman mama...Sesekali kamu menggugat; namun kasih mama tidak pernah surut kerana kamu di augerahkan sebagai ujian, benarlah janji Allah....

A028
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)

Thursday, July 19, 2012

Mentari Ramadhan

Kala ini, mentari akhir Syaaban 1432 hijri melimpah mmbahangi alam Nusantara. Sebentar lagi ia akan tenggelam. Syaaban tahun ini akan muncul lagi. Selamat datang Ramadhan. Alhamdulillah, doa kita yang dipanjat sehari-hari dimakbulkan oelh Allahu Rabbil Jalil...
Syukurlah kita di pertemukan dengan Ramadhan 1434Hijri
Ramadhan umpama tetamu. Kita perlu bersiap menghadapinya...
Persiapan hati menguatkan azam untuk mengisi Ramadahan. Marilah berazam membaca alQuran.
menanam azam supaya tidakk membazir; membersihan rumah, pakaian, tempat tinggal ..
Persiapan ilmu jua perlu saya "review" kerana setiap amalan tanpa ilmu makan amalan itu di tolak.
Apatah lagi kotak email peribadi dan email pejabat penuh dengan hadith palsu tentang ganjaran pahala tarawikh dan bermacam-macam lagi. Puasa bukan amalam mudah. Tidah mudah untuk saya istiqomah dalam bulan mujahadah ini. Ini bukan sembarangan perjuangan kerana untuk mengubah kebiasaan; bukan senang nak meninggalkan amalan 11 bulan dalam bulan ini

Semuga persediaan itu menambah kekuatan kita di bulan Ramadhan


Ya Allah, kurnaikan ilmu dan kefahaman serta kekuatan untuk bertahan mengisi Ramadan; bantulah kami mengurus hawa nafsu sebaik mungkin, supaya dapat menawan hati dan bersemangat dalam Ramadan dan memgamalkan apa yang di ajar.. Kami mohon Ya Allah supaya taubat  kami di terima dan dapat melalukan perubahan2 terbaik sepanjang hidup kami. Semuga hasil amalan perubahan ini bakal kami teruskan pada 11 bulan mendatang sebelum dapat mengulang lagi Ramadahn yang akan datang


Selamat menyambut Ramadhan dengan syukur dan taubat
Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah taubatku dan kembalikan ku kepadaMu

Tuesday, July 10, 2012

Tidak Cantik Lagi....

al kisah.....saya baru bercakap dengan kawan lama melalui international call.. Saya buat "suprise call" pada pagi hari jadi dia. Waktu itu sudah jam 8.30 pagi waktu Durham, NC. Teruja sungguh dia tak menyangka kami masih boleh bersapaan sejak terpisah 25 tahun. Katanya dia terharu saya masih mengingati hari lahirnya. Apa lah sangat kan.. telefon kawan untuk ucap selamat hari ulangtahun. Dia berhak di beri ucapan begitu, setahun sekali!
Tak puas berbual 5 minit, dia hubungi saya dari pejabatnya. Panjang pulak bercerita, hrmmmm..cerita 2 dekad kan? Macam-macam cerita pasal diri, kerjaya, perkahwinan, anak, pasangan masing-masing.Apa-apa ajalah di sulami kenangan dalam kampus universiti dulu, pasal saya panjat pokok ceri belakang International House kerana bersembunyi dari seseorang yang saya tak berapa suka tapi dia suka mengacau saya, tentang kejar possum.... oh ya.. tentang Julia Alvares dan Edgar Ellan Poe juga!
Sambung bersambung... ralit dengar celoteh pasal anak, bekas isteri dan bagaimana anak itu tinggal seminggu dengannya dan seminggu lagi dengan ibu gilir bergilir. Terus saja dia bercakap tentang sukarnya hidup dengan wanita itu dan meraka memilih untuk berpisah kemudian menjadi kawan baik pula selepas perpisahan. Selalunya begitu yang kita dengar, kan...
Sepatah katanya yang masih terngiang dan buat saya berfikir berhari-hari." She had changed, I can't see the beauty in her anymore".
"Is that because she grows older?"...saya mengumpan.
"No, she don't have to be goergously pretty but the beauty inside her is missing. No warmth in her smile...bla ..bla..bla.."
Sumpah saya tak berani bercakap hal-hal begini kalau dengan lelaki Melayu / Malaysia - Islam atau bukan Islam. Dengan dia mudah saja bertukar pendapat ; mungkin kerana dia guru saya, dan kami sering berdebat, malah selalu bertengkar jadi saya boleh bercakap lepas dengan dia. Saya tidak berhak mengadili atau berada di pihak belas isteri walaupun saya mungkin ada jawaban pada omelan dia tentang ibu anaknya; malah tidak juga mengiyakan dia walaupun ada waktu saya rasa ada kebenaran tindakan lelaki ini. Kesimpulannya, isu ini universal sifatnya - Dr Fadhilah Kamsah selalu sangat sebut tentang hal-hal begini, jadinya pasa saya; tak kira bangsa atau ugama- kes begini agak stereotype! Cantik yang dicari bukan pada ukuran paras rupa tapi pada tingkah laku dan luhur hati budi.

Bila saya diam dia bertanya.. Why you're so  quiet?
Saya jawab.... I am seeing me; looking for where am I at my husband's eyes....am I beautiful? am I not?

Tuesday, April 24, 2012

the Quiet one....

no wishes.. except from 2 ladies friend in HR.

Tuesday, April 17, 2012

Yang Kurik Itu Kendi...

Saya mengkagumi mereka yang indah berbahasa. Leka membaca tulisan beberapa blogger disamping penulis yang ada nama. Ahhh... malu nak sebut tapi satu waktu dulu pernah berangan menjadi penulis...
Tak kiralah bahasa perataranya Melayu atau Inggeris ( kerana hanya dua bahasa ini saya fasih!) saya antara mereka yang amat jarang menulis dam membaca bahan ilmiah ataupun bukan ilmiah. Di awal tahun dulu, saya berazam mahu mengulang tabiat waktu muda-muda. Serentak membuka 3 buku dan membacanya bergilir-gilir. Ketiga-tiga buku itu kini masih rapi di meja sisi tepi katil. Setiap naskah cuma baru diperingkat sepertiga buku....haishhhhhh...Sudah bulan April kan!

Entah ke mana perginya kelancaran menulis seperti dulu-dulu. Bagai parang yang tidak diasah, karatnya menebal dan ungkapan jadi tumpul tak bermakna. Bukan sesal tapi hal begini tidah seharusya saya biarkan. Tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu atau mengembalikan minat pada bahasa, bak kata mereka..

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

Wednesday, April 11, 2012

Monday, February 6, 2012

Sekeping jemputan semanis gula....

Kad jemputan kenduri  bersusun atas meja. Cantik-cantik belaka. Besar hati dapat jemputan .Tanda masih ada yang ingat dan sudi menyambung tali silaturrahmi.  Jemputan kenduri yang bakal menyusul minggu depan dan minggu seterusnya memang  di tunggu-tunggu. Bagai menghitung hari. Besar hati berbunga ceria. Baju tudung kasut semua dah ada dalam kepala . Eh, belum la di gosok kot nampak sangat terujanya makcik ni...
Jarang sekali saya buang kad jemputan kahwin - kerana nilai seni nya. Unik dan cantik. Walaupun sejak kebelakangna ini ramai yang membuat jemputan melalui laman sosial, tapi saya belum lagi menerima jemputan online tanpa susulan kad atau panggialn telefon atau email.

Dalam adat Melayu yang kaya dengan adap dan tata susila,jemputan online semata-mata rasanya  sedikit mencalar adat. Hilang manisnya adap jemput-menjemput kiranya jemputan online tidak di susuli kad undangan ataupun sekadar panggilan telefon. Mungkin ramai yang tidak setuju tapi saya rasakan jemputan online mnerusi laman sosial lebih sesuai untuk majlis selain dari majlis walimah seperti jemputan majlis hari jadi, jemputan hi-tea atau morning cofee, parti tupperware aatu majlis perjumpaan umum. Kalaupun ada yang mengundang jemputan kahwin menerusi lama sosial, hati saya kuat berkata, jemputan itu adalah untuk tujuan  hebahan dan peringatan umum setelah jemputan resminya di buat menerusi kad ataupun panggilan telefon.

Hakikatnya dalam masyarakat yang bersendi adat dan berpaksi syarak; kita punyai adap-adab yang perlu dipatuhi oleh orang yang mengundang . Mungkin dapat saya kongsikan di sini berapa peringatan yang saya catatkan dalam satu majlis ilmu.


Adap-adap mengundang

  1. hendaklah tidak membezakan kedudukan mereka yang diundang samada golongan kaya atau golongan miskin. Rasulullah SAW ada menyatakan dalam sabda baginda maksudnya:

    "Dari Abi Hurairah Radiallahu Anha ia berkata: Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang-orang kaya sahaja dan ditinggalkan orang-orang miskin" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

  2. niat menjemput pula hendaklah semata-mata untuk merapatkan hubungan silaturrahim, bukan untuk lain-lainnya seperti hendak berbangga-bangga dan bermegah-megah
  3. hendaklah jangan mengundang orang yang memang sukar untuk menerima undangan, begitu juga orang yang diketahui kehadirannya akan merosakkan dan menghuru-harakan majlis yang diadakan.
Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:

  1. Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.
  2. Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.
  3. Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada', maka tidaklah boleh ia berbuka.
  4. Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.
  5. Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak perut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah SAW, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.
Samada kita berada di tempat penerima undangan atau pun sebagai pengundang, semuga Allah pelihara hati balutan keikhlasan yang luhur.


Mood: I fell so awkward writing here after such a long absence... Rasa poyo semacam jer tulisan ni...Semuga ada rahmat Allah.

Thursday, January 26, 2012

Menghilir Sungai Krian

Bismillah...kenderaan misi kami
 Gong xi gong xi gong xi ni....rezeki kita sebarkan ke pelusuk khalayak yang perlu di bantu menjelang perayaan; kami kongsi kegembiraan pada wajah mereka yang ceria...Penduduk pekan Nibong Tebal.

antara pegun dan gerun...
 sang unggas
 menebar rezeki
 fishing town Kuala Sungai Udang
pelantar tinggi kerana air surut.. mak ai.. mengah makcik kena panjat dari bot ke atas pelantar ikan..
Kami tinggalkan pekan kecil dengan harapan mereka ceria di sini....
usai misi kami  mengepak lagi ke tengah laut biru
 mampir ke pembinaan Jambatan II Pulau Pinang
terimakasih pd pihak berwajib yang membenarkan laluan ini
menuju destinasi
Pulau Aman
kenyang perut suka hati.....Ammer juga turut serta..
boating challenge....

bye-bye Pulau Aman
 boating challenge....


up close and personal...fish farm

tengah panaih lit lit...




 can I keep the fish I catch by my bare hand?
can I keep the fish I catch by my bare hand?


berakhir misi menyusur pulang sekali lagi . Sungai Kerian penuh misteri...

Sunday, January 1, 2012