Assalamualaikum dan salam ceria;
Terima kasih atas kunjungan anda. Blog ini berhenti atau mungkin berhenti sebentar di sini.
Kesinambungannya ada di My Kitchen Tales.
Terima kasih
Itu Ini Dsb....
sembang dari hati
Sunday, September 16, 2012
Tuesday, September 11, 2012
patah seribu
Terlalu banyak perkara berterbangan di minda memaksa aku berhentii bekerja dan menulis di Microsoft Blogpost. Sesaknya dada bertindan tindih banyak perkara hingga berbaur berantakan .
Mau ngak..ku buka langit rahsia
Agar kau tahu
Celarunya talian hayatku
Antara awan gemawan yang kelabu
Dan warna-warna kelam
Pun masih ada sinar mentari
Tapi aku tidak pernah lesu
Kerana sebenarnya
Sekalipun aku harus menuggu lama
Pelangi tetap muncul
Mau ngak, ku bawa kau selami hati
Agar kau merasa
Pusar arus rasa
namun telahanku, itu tidak adil
bagimu
Jadinya..biar aku berpaksi di sini
Kerana kakiku kejap memijak rasional
Bersendi istikharah
Dalam
Gerun dan pegun
Friday, July 27, 2012
Duhai anak...
Saya amat terkejut mendengar khabar anak gadis yang saya hantar ke sekolah setiap pagi..lari dari rumah.. tak pulang sejak semalam. Di awal Ramadan ini...lembutkan hatinya Ya Allah.. lorongkan dia ke rumah ibu bapanya. Tak keruan jadinya sepanjang hari.
Petang itu selepas menjemput anak di sekolah kami terus ke rumahnya. Niat hati untuk menziarah ibunya dan bertanya khabar. Tentunya dia perlukan bantuan, agak saya. Hampir setengah jam di sana, seseorang menelefon ibunya;khabarkan dia berada di xxkkkmmnnnnooo...kelamkabut si ibu kerana pada waktu yang sama si suami perlu di mandikan dan tak boleh ditinggalkan sendirian. Bapa (tiri) itu memang keuzuran, tambah lemah dek hal kehilangan anak ini.
Saya tawarkan diri untuk pergi menjemput si anak. Di pendekkan cerita selepas sedikit drama, saya dan anak saya berjaya tenteramkan si gadis ini untuk pulang ke rumah. Selesai satu hal.. Kami pulang tanpa sepatah bicara dan sampai kini kami tak bercerita tentang dia.. Biarlah..semuga panas Ramadan ini membakar segala kisah duka jadi debu dan berlalu pergi. Saya bersolat hajat untuk dijauhi segala kejadian begini.. Nauzubillah.. ...Astaghfirullah...
Semuga Allah lembutkan hati anak itu, anak ini dan semua anak-anak di dunia.Semuga terhalang segala niat kurang baik samada dari gangguan emosi atau asakkan luaran. Semuga hati mereka kental dan kuat menangkis panggilan jahat.
Malam itu sebelum kejutkan anak-anak untuk bersahur, saya renung wajah anak satu persatu..Kamulah perhiasan mama yang terbaik di dunia sekaligus amanah yang amat menguji iman mama...Sesekali kamu menggugat; namun kasih mama tidak pernah surut kerana kamu di augerahkan sebagai ujian, benarlah janji Allah....
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)

Thursday, July 19, 2012
Mentari Ramadhan
Kala ini, mentari akhir Syaaban 1432 hijri melimpah mmbahangi alam Nusantara. Sebentar lagi ia akan tenggelam. Syaaban tahun ini akan muncul lagi. Selamat datang Ramadhan. Alhamdulillah, doa kita yang dipanjat sehari-hari dimakbulkan oelh Allahu Rabbil Jalil...
Syukurlah kita di pertemukan dengan Ramadhan 1434Hijri
Ramadhan umpama tetamu. Kita perlu bersiap menghadapinya...
Persiapan hati menguatkan azam untuk mengisi Ramadahan. Marilah berazam membaca alQuran.
menanam azam supaya tidakk membazir; membersihan rumah, pakaian, tempat tinggal ..
Persiapan ilmu jua perlu saya "review" kerana setiap amalan tanpa ilmu makan amalan itu di tolak.
Apatah lagi kotak email peribadi dan email pejabat penuh dengan hadith palsu tentang ganjaran pahala tarawikh dan bermacam-macam lagi. Puasa bukan amalam mudah. Tidah mudah untuk saya istiqomah dalam bulan mujahadah ini. Ini bukan sembarangan perjuangan kerana untuk mengubah kebiasaan; bukan senang nak meninggalkan amalan 11 bulan dalam bulan ini
Semuga persediaan itu menambah kekuatan kita di bulan Ramadhan
Ya Allah, kurnaikan ilmu dan kefahaman serta kekuatan untuk bertahan mengisi Ramadan; bantulah kami mengurus hawa nafsu sebaik mungkin, supaya dapat menawan hati dan bersemangat dalam Ramadan dan memgamalkan apa yang di ajar.. Kami mohon Ya Allah supaya taubat kami di terima dan dapat melalukan perubahan2 terbaik sepanjang hidup kami. Semuga hasil amalan perubahan ini bakal kami teruskan pada 11 bulan mendatang sebelum dapat mengulang lagi Ramadahn yang akan datang
Selamat menyambut Ramadhan dengan syukur dan taubat
Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah taubatku dan kembalikan ku kepadaMu

Tuesday, July 10, 2012
Tidak Cantik Lagi....
al kisah.....saya baru bercakap dengan kawan lama melalui international call.. Saya buat "suprise call" pada pagi hari jadi dia. Waktu itu sudah jam 8.30 pagi waktu Durham, NC. Teruja sungguh dia tak menyangka kami masih boleh bersapaan sejak terpisah 25 tahun. Katanya dia terharu saya masih mengingati hari lahirnya. Apa lah sangat kan.. telefon kawan untuk ucap selamat hari ulangtahun. Dia berhak di beri ucapan begitu, setahun sekali!
Tak puas berbual 5 minit, dia hubungi saya dari pejabatnya. Panjang pulak bercerita, hrmmmm..cerita 2 dekad kan? Macam-macam cerita pasal diri, kerjaya, perkahwinan, anak, pasangan masing-masing.Apa-apa ajalah di sulami kenangan dalam kampus universiti dulu, pasal saya panjat pokok ceri belakang International House kerana bersembunyi dari seseorang yang saya tak berapa suka tapi dia suka mengacau saya, tentang kejar possum.... oh ya.. tentang Julia Alvares dan Edgar Ellan Poe juga!
Sambung bersambung... ralit dengar celoteh pasal anak, bekas isteri dan bagaimana anak itu tinggal seminggu dengannya dan seminggu lagi dengan ibu gilir bergilir. Terus saja dia bercakap tentang sukarnya hidup dengan wanita itu dan meraka memilih untuk berpisah kemudian menjadi kawan baik pula selepas perpisahan. Selalunya begitu yang kita dengar, kan...
Sepatah katanya yang masih terngiang dan buat saya berfikir berhari-hari." She had changed, I can't see the beauty in her anymore".
"Is that because she grows older?"...saya mengumpan.
"No, she don't have to be goergously pretty but the beauty inside her is missing. No warmth in her smile...bla ..bla..bla.."
Sumpah saya tak berani bercakap hal-hal begini kalau dengan lelaki Melayu / Malaysia - Islam atau bukan Islam. Dengan dia mudah saja bertukar pendapat ; mungkin kerana dia guru saya, dan kami sering berdebat, malah selalu bertengkar jadi saya boleh bercakap lepas dengan dia. Saya tidak berhak mengadili atau berada di pihak belas isteri walaupun saya mungkin ada jawaban pada omelan dia tentang ibu anaknya; malah tidak juga mengiyakan dia walaupun ada waktu saya rasa ada kebenaran tindakan lelaki ini. Kesimpulannya, isu ini universal sifatnya - Dr Fadhilah Kamsah selalu sangat sebut tentang hal-hal begini, jadinya pasa saya; tak kira bangsa atau ugama- kes begini agak stereotype! Cantik yang dicari bukan pada ukuran paras rupa tapi pada tingkah laku dan luhur hati budi.
Bila saya diam dia bertanya.. Why you're so quiet?
Saya jawab.... I am seeing me; looking for where am I at my husband's eyes....am I beautiful? am I not?

Tuesday, April 24, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Yang Kurik Itu Kendi...
Saya mengkagumi mereka yang indah berbahasa. Leka membaca tulisan beberapa blogger disamping penulis yang ada nama. Ahhh... malu nak sebut tapi satu waktu dulu pernah berangan menjadi penulis...
Tak kiralah bahasa perataranya Melayu atau Inggeris ( kerana hanya dua bahasa ini saya fasih!) saya antara mereka yang amat jarang menulis dam membaca bahan ilmiah ataupun bukan ilmiah. Di awal tahun dulu, saya berazam mahu mengulang tabiat waktu muda-muda. Serentak membuka 3 buku dan membacanya bergilir-gilir. Ketiga-tiga buku itu kini masih rapi di meja sisi tepi katil. Setiap naskah cuma baru diperingkat sepertiga buku....haishhhhhh...Sudah bulan April kan!
Entah ke mana perginya kelancaran menulis seperti dulu-dulu. Bagai parang yang tidak diasah, karatnya menebal dan ungkapan jadi tumpul tak bermakna. Bukan sesal tapi hal begini tidah seharusya saya biarkan. Tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu atau mengembalikan minat pada bahasa, bak kata mereka..
yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

Subscribe to:
Posts (Atom)