Monday, December 13, 2010

Tiada yang seindah kenangan

Akhirnya, saya pecahkan kemalasan dan mula mengaktifkan kembali  jari jemari mengisi blog yang kesepian sejak laaaaaama. Ada cerita yang mengetuk hati.Benarlah kata meraka...tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermanja.Tiap-tiap bulan saya balik kampung tapi dua hari di kampung kelmarin amat berbekas di hati.Ucap tawa masih terngiang. Senda dan sedu masih terasa.
Bertemu Sal. Kami akrab sejak entah bila. Dari zaman  main pondok-pondok. sama-sama malu-malu bertukar cerita awal remaja hinga kami terpisah bila dia melangkah ke Singapura sebagai isteri orang sebaik kami selesai SPM. Kami pernah berjanji mahu sama-sama ke universiti. Tapi Sal akur dengan perjanjian keluarga yang dimetri dalam kapal pelayaran haji. Dia tidak sedikit pun kesal atau sedih menerima Abang S sebagai suami dalam usia belasan. Ayah ibu Sal dan Abang S bertemu waktu mereka sama-sama belayar ke Makkah. Mereka berjanji untuk mengeratkan persahabatan dengan mengahwinkan anak-anak mereka. Waktu itu  Sal belum lahir lagi! Indahnya kasih sahabat hinggakan Kedah-Singapurra amat dekat dihati mereka.Saya teringat waktu kecil , selalu juga dapat hadiah baju dan kek lapis dari Singapura bila ibu sayah Abang S datang berziarah setahun sekali. Hari perkahwinan Sal adalah hari terakhir kami habiskan sama-sama. Selepas itu, cuma sekali kami bertemu, beberapa hari sebelum saya sayap saya tumbuh dan terbang,Sal pulang dengan baby Rosa yang putih gebu! Kami berjanji akan berdoa untuk segala yang terbaik untuk kami.
Kelmarin, waktu hadir ke jemputan perkahwinan; saya nampak kelibat Noor, adik Sal dan kami bersapaan. Sepantas itu juga Noor menarik tangan wanita anggun berjubah merah dan detik itu kami terpaku. MasyaAllah! Alhamdulillah. Dah lebih 20 tahun tak jumpa, kami menyambung rentak bicara dan ketawa. InsyaAllah Sal , dengan izinnya kita tautkan kembali kemanisan masa silam dalam kisah baru yang bakal kita buka.

Ada juga kisah pilu. Merembes airmata mengenangkan kawan sepermainan yang dulunya tangkas dan laju berlari, hari itu dipotong kakinya. Pengkebumian kakinya diurus hormat dan disemadi di atas pusara ayahanda. Semuga dia tabah. Semuga keluarganya kuat menghadapi ujian ini. Bak kata Sal" Allah ambil kakinya yang rosak supaya dia lebih sihat untuk hidup lebih lama.. InsyaAllah". Sabar ya Ji, Cik Nah dan seluruh keluarga.  
Istana lama.. sedih. Halamannya jadi tempat buangan sampah. Tak sampai hati melihat keadaan istana Tunku Kudin waktu saya lewat ke sana pada padi Ahad lalu. Nampak tak tong sampah majlis perbandaran tu...
Istana ini dulunya kawasan yang menggerunkan. Bukan saja ceritanya, tapi persekitarannya, Saya kalau lalu di sini mesti pejam mata meruntun tangan mak. Takut dan seram kini jadi sedih dan sayu mengenang sejarah yang dilupakan.

Kenduri kendara memang meriah...ahh.. rugi besar lah tak sempat merasa laksa dan pulut kacau itu.huhuhu.. Kini hati kembali digamit rindu...

Thursday, November 18, 2010

Aku Ingin

aku ingin
merasa desah resah Hajar
berlari antara Safa dan Marwah
mencari air untuk anak yang sangat dahaga
aku ingin
lalui lembah batuan
mereroka diri yang kelam ini
mengisi sinar
dibawah bayang Baitullah
Seakan terngiang tangis Ismail
yang dahaga
itulah tangis hatiku
yang gersang.

aku ingin melontar
elemen noda dalam hati
dan kembali padaMu
bersih polos
sebagai hambaMu

 Ya Allah, permudahkanlah untuk diriku untuk menjadi tetamu Mu di bumi Mekah dan terus merindui untuk kembali ke sana, sepertimana doa Nabi Ibrahim a.s..:“Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriat di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitul Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah).”‌

Friday, August 20, 2010

Checklist.checklist..checklist

Banyak keberuntungan kerana tawaran istimewa bulan mulia ini . Bulan ini rezeki melimpah ruah, terserahlah kita untuk mengutipnya ..Rezeki untuk bekalan dunia juga rezeki utk bekalan akhirat.Cheklist ni dikutip dari alBazrah. Tks Diqma.
1. Membaca Quran dan khatam

2. Tadarus Quran

3. Tahajud/Qiyam

4. Zikrullah

5. Selawat

6. Doa

7. Sedekah (seminggu berapa/ sebulan berapa/ sedekah apa? makanan, duit, barang, dll)

8. Sahur/berbuka (usahakan mengikut sunnah)

9. Terawikh/ witir

10. Solat jemaah

11. Solat sunnat

12....Lailatul Qadar hunter...

13. Taubat dan taubat dan taubat....

Di manakah aku?

Saturday, August 14, 2010

Bersantai di Krabi 1

Lari dari kesibukan kerja dan tempahan hujung minggu; saya ikut suami berkonvoi motosikal ke Krabi, Selatan Thai.

Hilang lelah melihat peraduan berhias indah
Pagi esoknya kami naik bot laju menerjah rangkaian pulau-pulau di perairan Krabi dan Phuket
main air ,berjalan-jalan dari pulau ke pulau...


tak terucap dengaqn kata-kata. Indahnya bumi Tuhan.
Koh Phranang; formasi gua batu kapur membuka laluan ke sebelah sana pulau...

Basah dan letih lepas snorkling

naik ke darat


 sewa skuter, ronda-ronda sekitar Krabi, AoNang. Motor kami kat belakangggg...nuuun

hehehe..macam zaman P.Ramlee daaaa.....



Monday, July 19, 2010

Raden Galoh

Doa Dalilah yang tidak pernah putus-putus untuk pembaca blognya http://onebreastbouncing.blogspot.com/

“Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini dan setiap mereka yang mendoakanku, sihatkannya, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Amiin”

Alfatihah, dia dijemput Ilahi pagi ini. Semuga Allah merahmatimu.

pre-launching of her book, talking to Mas, Dodie and KakAnie


Wednesday, June 30, 2010

kuMohon

Benar kata seseorang, perasaan perempuan merasa yang pelik-pelik. Fikiran perempuan berfikir yang macam-macam. Kalu hati tidak kuat, jiwa goyah sedikit walaupun tidak senget!!!! Salahkah jika begitu, kerana kejadian kita pun dari tulang rusuk yang bengkok. Astahfirullahal'azim.....

اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.



Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

(Riwayat Ahmad, dan lain-lain. Sebahagian ‘Ulamaa’ mensahihkannya manakala Ad Daaraqutniyy menyebut terdapat kecacatan pada sanadnya dalam ‘Ilal karangannya. )

Dalam hadith di atas disebut bahawa Allah akan menghilangkan kesedihan seseorang dan menggantikannya dengan kegembiraan apabila membacanya. Maka bacalah ia.

Oleh: Dr. Imran ( abulwafaa )
Sumber: http://abulwafaa.protajdid.com/