Thursday, January 26, 2012

Menghilir Sungai Krian

Bismillah...kenderaan misi kami
 Gong xi gong xi gong xi ni....rezeki kita sebarkan ke pelusuk khalayak yang perlu di bantu menjelang perayaan; kami kongsi kegembiraan pada wajah mereka yang ceria...Penduduk pekan Nibong Tebal.

antara pegun dan gerun...
 sang unggas
 menebar rezeki
 fishing town Kuala Sungai Udang
pelantar tinggi kerana air surut.. mak ai.. mengah makcik kena panjat dari bot ke atas pelantar ikan..
Kami tinggalkan pekan kecil dengan harapan mereka ceria di sini....
usai misi kami  mengepak lagi ke tengah laut biru
 mampir ke pembinaan Jambatan II Pulau Pinang
terimakasih pd pihak berwajib yang membenarkan laluan ini
menuju destinasi
Pulau Aman
kenyang perut suka hati.....Ammer juga turut serta..
boating challenge....

bye-bye Pulau Aman
 boating challenge....


up close and personal...fish farm

tengah panaih lit lit...




 can I keep the fish I catch by my bare hand?
can I keep the fish I catch by my bare hand?


berakhir misi menyusur pulang sekali lagi . Sungai Kerian penuh misteri...

Sunday, January 1, 2012

Saturday, December 31, 2011

Thursday, December 29, 2011

Santai bekerja

Saya offer diri bertugas pada waktu “plant shut-down”. Seminggu operasi pengeluaran kami cuti sempena perayaan Krismas bersambung cuti hujung tahun.

Pelan untuk jalan-jalan tertangguh lagi ; dan tempahan kek dan coklat saya telah tolak kerana pelan cuti tersebut; sementelah rancangan bercuti tak menjadi, jadi lebih baik bekerja. Dapat juga selamatkan 3 hari cuti dari di tolak kerana “plant-shut-down seminggu ini.

Sunyi. Saya suka!. Tenang langsaikan kerja-kerja.

Tenang. Saya tenteram. Mudah merancang “kaizen”.

Mudah bekerja tanpa gangguan. Saya fokus dari awal hingga selesai dan melepasi apa yang di rancang

Senang-senang merehatkan diri kala kepala buntu dan minda tersekat.

Jangan harap nak dapatkan situasi begini dalan ofis pada hari kerja biasa.

Bahagia bekerja sunyi-sunyi…


Kalau ada pun adik-adik jurutera nakal yang mengetuk meja dan buat kacau sikit-sikit… Biarlah mereka memaniskan hari!

Ada juga “planner” yang bekerja…muzik dr CD mereka melangkau ke sini.. biarlah… apa genre music pun saya layan…bukan dengar sangat pun….

Anak-anak buah saya beri cuti dan offline. Pergilah ke mana pun saya tak akan ganggu mereka. Si rajin Helen ada juga bertanya.. boss, is my area OK; is my supplier giving you any problem?

Hey women.. go and hike to the top of Kinabalu .. and don’t bother me working here!

Hahahaa!!!!!!dan jangan lupa bawa pulang terubuk masin saya!

Ada skeleton crew yang masih bekerja. Kontraktor keluar masuk. Macam-macam agenda berlansung untuk memudahkan kelansungan kerja bermula sebaik tirai awal tahun membuka hari.

Pengawal security juga segak mundar mandir meneliti kelansungan. Ya lah.. dengan muka baru kontraktor dalam ofis dan dalam ruang pengeluaran, kami amat berhati-hati. Dua tiga kali saya terserempak pekerja kontrak tanpa tanda nama atau uniform, saya tegur dan mereka juga sopan memberi penjelasan.

Mahu pergi toilet mem; kena pakai nametag jugak kah?

Ya, kamu mesti ada tanda pengenalan setiap minit kamu berkerja dalam kawasan kami!

Huh… garangnya… macam polis la pulak..
Tapi ya, perkara itu paling basis untuk keselamatan.

Dan ya.. saya punya waktu mencilok sambil update blog…..

Hahaha!

Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 23, 2011

Kala Berduka

La Tahzan, kerana ada peringatan yang cantik dari Rasululah

Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih)