duhhhhh.. rindu sungguh. Sejak aruah pak pergi kala usia saya menginjak 18, dia adalah tunjang dan payung..Hingga kini bersuami dan beranak pinak, dia masih pohon rendang yang memberi teduh dan buah nan manis. Dia tidak pernah jauh. Muncul waktu susah dan sama-sama gembira waktu senang. Selepas mak dia adalah yang paling saya rindu waktu berjauhan. Bait-bait puisi ini yang pernah saya ungkapkan lewat rindu yang rimbun pada musim luruh 1988.
Brother, we had a time once
when the leaves fell softly
in our yards
and you enlisted me
to rake them into pileordered piles.
Even then I made it hard
for you brother
with giggling and running away
When I was just six
I’d pull a bloody knee
to my lips and suck
the cut clean
because it took the sting
if I made it
bleed enough
Sept'88
St Louis, Misouri
YaAllah, berkati lah hambaMu itu….berilah dia kehidupan terbaik di dunia dan akhirat. Sejahterakanlah dia, permudahkan dia dalam urusannya. Wahai Tuhanku, kurniakan pada kami kemampuan untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugerahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk selalu beramal soleh yang Kau redhai. Kurniakan pada kami kebaikan dalam keturunan kami, sesungguhnya aku bertaubat kepada- Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
4 comments:
Amin~
Sebak baca. Dah speechless dah maksu.
He had to given us so much! More than he can afford. Missing him loads...
moga dia sentiasa dirahmati.. kita juga, amin...
Amin.. Muni...thanks a lot . Ya semuga semua kita sentiasa di rahmati Allah
Post a Comment