Over Hills and Valleys
if you think life is depressing, take a deep breath and do blogging
Wednesday, February 29, 2012
Monday, February 6, 2012
Sekeping jemputan semanis gula....
Kad jemputan kenduri bersusun atas meja. Cantik-cantik belaka. Besar hati dapat jemputan .Tanda masih ada yang ingat dan sudi menyambung tali silaturrahmi. Jemputan kenduri yang bakal menyusul minggu depan dan minggu seterusnya memang di tunggu-tunggu. Bagai menghitung hari. Besar hati berbunga ceria. Baju tudung kasut semua dah ada dalam kepala . Eh, belum la di gosok kot nampak sangat terujanya makcik ni...
Jarang sekali saya buang kad jemputan kahwin - kerana nilai seni nya. Unik dan cantik. Walaupun sejak kebelakangna ini ramai yang membuat jemputan melalui laman sosial, tapi saya belum lagi menerima jemputan online tanpa susulan kad atau panggialn telefon atau email.
Dalam adat Melayu yang kaya dengan adap dan tata susila,jemputan online semata-mata rasanya sedikit mencalar adat. Hilang manisnya adap jemput-menjemput kiranya jemputan online tidak di susuli kad undangan ataupun sekadar panggilan telefon. Mungkin ramai yang tidak setuju tapi saya rasakan jemputan online mnerusi laman sosial lebih sesuai untuk majlis selain dari majlis walimah seperti jemputan majlis hari jadi, jemputan hi-tea atau morning cofee, parti tupperware aatu majlis perjumpaan umum. Kalaupun ada yang mengundang jemputan kahwin menerusi lama sosial, hati saya kuat berkata, jemputan itu adalah untuk tujuan hebahan dan peringatan umum setelah jemputan resminya di buat menerusi kad ataupun panggilan telefon.
Hakikatnya dalam masyarakat yang bersendi adat dan berpaksi syarak; kita punyai adap-adab yang perlu dipatuhi oleh orang yang mengundang . Mungkin dapat saya kongsikan di sini berapa peringatan yang saya catatkan dalam satu majlis ilmu.
Adap-adap mengundang
Adap-adap mengundang
- hendaklah tidak membezakan kedudukan mereka yang diundang samada golongan kaya atau golongan miskin. Rasulullah SAW ada menyatakan dalam sabda baginda maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anha ia berkata: Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang-orang kaya sahaja dan ditinggalkan orang-orang miskin" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
- niat menjemput pula hendaklah semata-mata untuk merapatkan hubungan silaturrahim, bukan untuk lain-lainnya seperti hendak berbangga-bangga dan bermegah-megah
- hendaklah jangan mengundang orang yang memang sukar untuk menerima undangan, begitu juga orang yang diketahui kehadirannya akan merosakkan dan menghuru-harakan majlis yang diadakan.
Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:
- Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.
- Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.
- Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada', maka tidaklah boleh ia berbuka.
- Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.
- Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak perut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah SAW, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.
Mood: I fell so awkward writing here after such a long absence... Rasa poyo semacam jer tulisan ni...Semuga ada rahmat Allah.
Sunday, February 5, 2012
Thursday, January 26, 2012
Menghilir Sungai Krian
Bismillah...kenderaan misi kami
Gong xi gong xi gong xi ni....rezeki kita sebarkan ke pelusuk khalayak yang perlu di bantu menjelang perayaan; kami kongsi kegembiraan pada wajah mereka yang ceria...Penduduk pekan Nibong Tebal.antara pegun dan gerun...
sang unggas
menebar rezeki
fishing town Kuala Sungai Udang
pelantar tinggi kerana air surut.. mak ai.. mengah makcik kena panjat dari bot ke atas pelantar ikan..

Kami tinggalkan pekan kecil dengan harapan mereka ceria di sini....
usai misi kami mengepak lagi ke tengah laut biru
mampir ke pembinaan Jambatan II Pulau Pinang
terimakasih pd pihak berwajib yang membenarkan laluan ini
menuju destinasi
Pulau Aman
kenyang perut suka hati.....Ammer juga turut serta..
can I keep the fish I catch by my bare hand?
can I keep the fish I catch by my bare hand?
berakhir misi menyusur pulang sekali lagi . Sungai Kerian penuh misteri...
Wednesday, January 4, 2012
Sunday, January 1, 2012
Saturday, December 31, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



















