Tuesday, March 30, 2010

Selamat Jalan Kekasih

Kala cinta mekar di taman. Rimbun kasih menjunjung pesona mekarnya sepasang putra Danish dan  putri Dhiya. Semarak sayang melingkung alam rumahtangga dan famili sekitarnya. Yang ada dalam impian adalah niat membahagiakan semua yang ada pada seluruh lingkung kehidupan. Yusri dan Ismayanti pasangan bahagia dan ceria. Tingkah tulus mereka sederhana, mengundang pesona dan kasih sayang seluruh keluarga.

28 Mac 10.30malam;
Bencana , tiada siapa menduga. Meragut seluruh deria. Kosong - tiada rasa mencerna. Nafas seakan terhenti. Seluruh jiwa kami terpempan. Pergimu sekelip mata. Ceritanya di sini dan sini.
Selamat jalan anakanda Mohd Yusri Abdul Wahab. Demi Ismayanti , kami di sini, seluruh keluarga mertuamu dan sanak saudara, sentiasa bersamamu.
Luluh jiwaku melihat Yan di sisi jenazah suami. Sugul dan kosong. Tiada kata. Menahan tangis kerana kami perlu kuat untuk dia. Yakinlah sayang, Allah tidak menguji diluar kemampuan hambaNya. Masih terlalu baru untuk bercerita. Masa dan iman adalah penyembuhnya.
Alfatihah dan tahlil kita kirimi, semuga roh Allahyarham bahagia dan tenang di SANA. Setenang wajahnya di persemadian terakhir.

13 comments:

MAMAMIA said...

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham.

ALFatihah untuk Arwah.

Kak Elle said...

al fathiha pada arwah semoga roh nya di cucuri rahmat olih Nya...sungguh sedih membaca entry Milah kali ni.

Ilah said...

Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga rohnya bersemadi bersama roh2nya yang dicintai Allah. Al-Fatihah

cikMilah said...

thanks for yr doa, Mamamia.

KakElle, mana hati yang tak tersentuh.. tks for yr concern. As for us, setiap kali bercakap pasal aruah, airmata masih bergenang..Doakan ya KakElle, terutama untuk kekuatan Yan ...

Ilah, akan kakcik sampaikan pada keluarga terutama pada Yan...Aminn, semuga Allah mengangkat doamu

cikMilah said...
This comment has been removed by the author.
ells^ciKaLiD said...

AL-FATIHAH....semua masih terkedu kelu dgn pemergian mengejutnya...dia adalah abang bg kami semua,yang sentiasa disenangi semua ahli keluarga dan sahabat handai..luluh hati bila tgk kak yan..
Kak Yan,kami tau k.yan tabah & kuat..kami sentiasa disisi mu & anak-anak..

sya said...

Cik Milah.. semuga Allah permudahkan kehidupan mereka 3 beranak, bukan mudah hidup tanpa suami tapi Allah mengetahui apa yg diturunkan ke atas hambaNya

Rosma said...

Kak Ja,

I had goose bumps when I read this posting. I was at the scene around 11 pm.

Kami baru sampai dari kampung semasa melalui stesen minyak itu yang letak nya tak sampai 2 km dari rumah kami. Trafik hampir tak bergerak dan ambulans baru nak meninggalkan tempat kejadian pada masa itu.

Salam takziah buat Isma, semoga dia tabah.

jc.nurina said...

takziah,

i saw the recording of the CCTV. Mulanya ia merupakan seorang mangsa yang malang but your blog put a name and a story of that young man.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya....cuma saya ingin mengucapkan takziah kepada isteri beliau...banyak2lah bersabar. i know its easier said than done but Allah menduga umatnya dengan berbagai2 jenis dugaan baik besar ataupun kecil. Al fatihah.

cikMilah said...

Ells, doa kita untuk aruah, dan sama-sama kita menyokong Yan untuk hidup yang lebih ceria, lebih tenang, membentuk Danish dan Dhiya menjadi insan terbaik.

Amin.. Sya. Tks..Sya lebih berpengalaman, tentu sekali sudi membantu kalau nanti kami buntu. Thanks a lot.

cikMilah said...

Rosma, berdiri bulu roma baca komen you! InsyaAllah KakJa akan sampaikan salam pd Yan ( ohh.. dia pun org Pahang...)
Salam utk Maharaja.

cikMilah said...

jc nurina, tks for yr comment, concern and du'a.
Ya.. Allah menguji, berat atau ringan kita perlu bersabar.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Pn Ja.

Mahaguru58 belum sampai maqam Maharaja lagi...:P

Jazakallah diatas ingatan puanhamba.

Semoga berjaya didalam semua kerjaya puan.

@};-