Wednesday, April 21, 2010

Minggu lepas...

Isnin - biasa-biasa..sampai rumah ada potongan ciku dalam peti ais. Bismillah.... Gulp! "Ter"buka puasa sebelum waktu nya!!! Macamana nak dapat puasa yang khusyuk kalau minda asyik melayan selera??/? Astaghfirullah.....
Selasa - Kejutan menjelang tengahari. Abang Razak di jemput Allah. Lemah seluruh anggotaku.Tak pernah aku hilang daya seperti ini. Ini kematian ketiga pada hari yang belum pun mencapai separuh bulan April. Bermula dengan Pakcik ( ayah angkat kami) ; kemudian aruah Yusri, dan hari ini abang ipar yang masih segar bugar waktu kami jumpai dia Ahad lepas. Berita ini betul jadikan aku longlai. Boss bertanya; " r u OK?" . " can u drive home". Entah; tapi yang pasti aku perlu segera temankan suami menziarah jenazah abangnya yang satu. Suara suamiku menafsir kilat,desah,sedih. I need to be strong for him. Aku ambil sedikit waktu tenangkan diri; sambil mengarah Farhah selesaikan kerja aku yang  dalam kategori "die-die must do today".
Kami tiba sebagai keluarga yang pertama sampai. KakShim ditemani rakan sekerja dan jiran. Nampak tenang tapi bila aku menciumnya, dia tersemban dan menangis sendu. Semahunya. Sama seperti waktu kehilangan Azrul tahun lepas. Waktu begini, kata-kata tidak perlu. Sentuhan, doa dan hadir di sisi mereka yg ditinggalkan lebih afdal.  Sepetang kami di Jawi, Sg Bakap kemudian menjelang senja jenazah di bawa pulang ke qariah Sg Ara,  untuk persemadian. Sendu melihat Dija dan Duan yang baru kehilangan Azrul lebih setahun lalu, kini ayah menyusul pergi secara tiba-tiba. Mak kulihat tenang dan diam, redha dengan pemergian putera sulung.
Selesai semuanya, baru terasa badan merenyut letih.
Semalam berlalu pergi, tapi kesenduannya kekal dalam lipatan. Yang pergi , semuga roh mereka tenang. Semuga segala amalan baik diterimaAllah. Semuga ditempatkan dikalangna hambaNya yg beriman.

Rabu - letih yang teramat. Cuti dan rehat.
Khamis & Jumaat - tenggelam dalam kerja yg ditinggalkan sehari setengah.
Sabtu - Mandi coklat dan spring cleaning
Ahad - Shima&Shariffah Norlaila bertamu. Alhamdulillah. Lepas maghrib, anak-anak buat suprise!
Laaaa...minggu depanla b'day Mama
Tauuuuu.. tapi minggu depan tak boleh balik dari hostel.....
Oooooo.. patutla tadi diam-diam 4 orang itu menikus pergi Jusco tak ajak Mama....patutla sekejap-sekejap ada meeting kat bilik Kakak.....patutla pintu bilik Kakak asyk berkunci....
Hahaha... bersungguh benar cintahati Mama....
Terima kasih sayang, sayang sayang dan sayang....

7 comments:

"MULAN" said...

takziah.. alfatihah buat arwah..

oohh.. nx week besday... wish dulu la hepi besday.. stay healthy & sweet..

~albazrah~ said...

Kak cik, sedihnya...kejadian hari selasa last week tu. Semoga roh berbahagia di sana. Al-Fatihah

Nur said...

Kak,

Salam ziarah, takziah dri saya. *alfatihah untuk arwah*. Moga Akak sekeluarga tabah dalam mengharungi dugaan ini.

Happy Becoming Birthday! Moga Akak sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat...

cikMilah said...

Dear Muni, jazakallah..
and tks for the advance birthday wishes.. Amin

Salam Dikma, mmg sedih dan terkejut; tapi ya.. kita kasih...Allah lagi kasih....Amin utk doa Dikma.
Semuga Dikma, Azzarrah & Nisreen juga bahagia di Sudan

Tks Nur,InsyaAllah... kematina itu muhasabah untuk kita....

pB said...

kalau Allah nak ambil , tak perlu tunggu seminit dua ....


Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang memperolehi kejayaan

Cat Cat said...

Oh, minggu yang amat sibuk sekali.

My condolences to you and your family.

Nur said...

Salam Kak,

Saya lagi, Nur..:)

I'm closing my old blog, and move to the new one, have a fun visit aiii

http://stunningyellow.blogspot.com/

Mau jumpa akak ya satu hari nanti..:)