Thursday, May 20, 2010

Ke Makam Bonda

Tarikh ini 7 Jamadil Akhir, hari Khamis; serentak azan maghrib, empat tahun lalu, mak pergi dengan tenang dan tinggalkan selembar senyum dibibir. Kata suamiku, wajah mak nampak muda macam masa kami mula-mula kahwin dulu.
Beristirehatlah dengan tenang di alam barzakh mak. Doa kami anak cucu dan cicit mengiringmu setiap waktu.
al-Fatihah untuk mak, Hajjah Rukiah binti Hj Abd Hamid.

4 comments:

aNIe said...

Al-Fatihah buat arwah bonda cik Milah...

Teringat tatkala arwah mak akak dikafankan...walaupun arwah terlibat dlm kemalangan...adik sepupu yg duduk disebelah luka diwajah terkena kaca...tapi wajah arwah mak dipelihara ALLAH...langsung tak ada celanya...bersih...berseri...kerana perginya arwah mak adalah dengan keredhaan bapak...

Diah said...

Teringat emak di kampung...
Al-Fatihah buat arwah ibu Cmilah....

cikMilah said...

AlFatihah untuk bonda Kak Anie juga,,semuga roh mereka tenang di sana.

Teima kasih Diah, Semuga Mak Diah di kampung sihat. Kakak dan ABnag di Pelubang buat tahlil malam ni - Milah menyertai mereka denag tahlil anak beranak di sini...rindunya....
tak sabar nak balik next 2 weeks.

Mulan said...

al-fatihah..