Tuesday, April 17, 2012

Yang Kurik Itu Kendi...

Saya mengkagumi mereka yang indah berbahasa. Leka membaca tulisan beberapa blogger disamping penulis yang ada nama. Ahhh... malu nak sebut tapi satu waktu dulu pernah berangan menjadi penulis...
Tak kiralah bahasa perataranya Melayu atau Inggeris ( kerana hanya dua bahasa ini saya fasih!) saya antara mereka yang amat jarang menulis dam membaca bahan ilmiah ataupun bukan ilmiah. Di awal tahun dulu, saya berazam mahu mengulang tabiat waktu muda-muda. Serentak membuka 3 buku dan membacanya bergilir-gilir. Ketiga-tiga buku itu kini masih rapi di meja sisi tepi katil. Setiap naskah cuma baru diperingkat sepertiga buku....haishhhhhh...Sudah bulan April kan!

Entah ke mana perginya kelancaran menulis seperti dulu-dulu. Bagai parang yang tidak diasah, karatnya menebal dan ungkapan jadi tumpul tak bermakna. Bukan sesal tapi hal begini tidah seharusya saya biarkan. Tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu atau mengembalikan minat pada bahasa, bak kata mereka..

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

1 comment:

zlaa said...

As salam Cik Milah,

Dah lama tak berblog pun rasa kekok nak menulis.. Sihat ka?