Tuesday, February 16, 2010

Dari Eire ke Kijal

Paling manis yang singgah di hati pada perjalanan ke T'ganu kali ini ialah bertemu Maliah sikembar Milah. Bertahun terpisah sejak kali terakhir kami bertemu di Eire, Penyslvania tahun 1988. Musim panas yang perit bagi kami berubah segar dengan kenyamanan sekitar Gannon University di pinggir tasik besar. Seminggu aku di sana, berkali mengelilingi Presque Isle dan memancing ikan segar! Kangen ! Macam budak kecil berkejar di pantai tasik cuba menangkap seagull. Kerja tak masuk akal, dan ketawa bergolek dalam pasir..  manisnya waktu itu menepati cerita lagu Sudirman, Maya.
Dalam aku sibuk-sibuk mengumpul kawan-kawan untuk re-union, suami selalu bertanya, ada tak jumpa sikembar Milah dan Maliah.  Kembar lincah, cantik tapi pendiam ini memang terkenal waktu sekolah dulu. Memang teringat-ingat dan tercari-cari. Namun tiada jejak.
Dalam majlis itu aku perhatikan dia sibuk menggalas dan memetik D8.
 Tentunya dia di pihak tuan rumah tempat kami bertamu. Usai majlis sarung cincin  dia bersembang dengan mak pengantin lelaki ( pihak kami)manakala aku berdiri sebelah menyebelah cuma diam mendengar memerhati wajahnya dan rasa macam kenal raut muka itu. Bila dia perkenalkan dirinya orang Jitra, cepat saja aku menigkah, Jitra kat mana.?
"Guar Napai",katanya.
Zzzuuup! Aku pasti..
"ini Milah Maliah ka..."
"Ya.. Milah kan...Ya Allah.." dia pun masih ingat nama aku.
Kami menjerit kecil berpelukan tak hengat majlis orang sedang berlansung.....
Antara tangis dan air mata...soalan bertingkah jawaban dan kepastian.
Katanya. "tu lelaki  pakai D8 juga macam aku kenal"
"Eh, itu suami aku, classmate hang la tu..."
"Hah, hang kawin ngan dia!"
"hahahaha..keciknya dunia!". Serentak pula kami bernada..dan tergelak ria.
Kami berpelukan seiring keluar mencari suamiku. Nasib baik dia dah selesai makan, kalau tak mau tercekik cik abang aku!
"Eh nama dia apa ha.. aku lupa"
Azhar!
"Ha ah, Ad!..la..bila masa hampa bercinta..."
kui kui kui...
"Wwei,, Ad, ingat aku dak?"
( konpius jap pakcik tu!) Blur ja nampak muka dia pandang aku dengan tanda soal.
"Ini Maliah bang, kembar Milah.. yang abang selalu tanya tu.."
"MasyaAllah... hang buat apa kat sini.."
Mula la depa gebang pasal classmate depa pulak...!
Waktu depa sembang, baru dapat aku jawab pertanyaan tuan rumah yang kehairanan pelik tengok kami. Malu pulak aku kenangkan perangai 2 makcik yang macam kanak-kanak riang tadi.. Aisshhhhhh.. malu jugak!
Aku pun terangkan pada rombongan kami tentang siapa, apa, kenapa, bagaimana, bila...duduk cerita tentang kami bertiga. Anak-anak aku dah biasa dengan episod ini, senyum sajalah. Another jejak kasih! Itu komen mereka
1988 - 2010; masa mungkin mengubah keadaan tapi silaturrahim tetap manis.
Kami masih sebak!

Terima kasih anak saudaraku Yas yang mencari jodoh gadis Kijal dan kerananya  kami bertemu. InsyaAllah ukhuwah tetap segar selepas ini..

6 comments:

silversarina said...

Wah, bestnya pertemuan yang tak disangka-sangka ... jauh pulak jumpanya tu ...Kijal , sure majlis tu nanti akan terpahat di kepala cikmilah sampai bila2 .

Nanti masa kawin anak sedara tu akak harap akak adalah kat kemaman, cikmilah mesti singgah rumah nanti tau .

Kak Elle said...

talian kasih di temukan juga olih NYA...syabas!tapi tak faham apa D8 tu ek?

cikMilah said...

Mmg ia sgt bererti KakRina, tak sangka dia ada di sana...InsyaAllah harap-harapnya nanti kita dapt jumpa. Bila tarikh kenduri dah tetap, terus kami nak book tempat yg sama sbb ada private beach. Lagipun dekat ngan Muni, ML, KakLiza dan KakRina.

KakElle..betul, she was so sweet.
D8 tu camera, high profile for org2 yang minat fotografi ni...

Nur said...

You crossed my mind today
as you so often do
I stopped for just a moment
and said a prayer for you


I asked our dear Lord
to be with you this day
I prayed he might send
a small blessing your way

Perhaps a smile from a stranger
a kind gesture or deed
to hear a sweet verse
or fulfill a need

I prayed for you wisdom
for guidance and strength
to feel the presence of angels
and the warmth of their wings

I prayed for your worries
I prayed for your fears
I prayed for your happiness
your joys and your tears

As I finished my prayer
I realized I too
had received my own blessing
with my thoughts of you

http://rqyali.blogspot.com/2010/01/my-prayers-are-with-you-always.html#more

MULAN said...

tu la jodoh.. kita lak yg tak terjumpa.. sis ke kerteh, saya ke penang.. nanti jumpa masa wedding ya..

Anonymous said...

Infatuation casinos? enquiry this youthful [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] numero uno and wing it breakdown of face online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also span upon our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] without at http://freecasinogames2010.webs.com and struggle in realized spondulix !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] in the division of is www.ttittancasino.com , because german gamblers, away in magnanimous online casino bonus.