Tuesday, June 1, 2010

Laknat Israel

Salam all,
Kemanusian hilang dek kerenah satu bangsa bernama Israel
Sama2lah kita berdoa & buat solat hajat..

Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan
kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza
melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada
Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk
Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari
tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi
mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada
Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di
atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah
semata-mata atas dasar kemanusiaan.


3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada
Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.
Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk
makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan
menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam
dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh
kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai
dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih
540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli
akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang
daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80
tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini
walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan
bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan
yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan
masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah
melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di
perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan
kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel
menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari
seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB
Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah
Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin
mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim
Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan
menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk
menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian
lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk
meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel,
termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan
bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk
menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu
ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik,
pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya
bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan
kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah
menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di
kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat
meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau
mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan
misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para
sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malays

4 comments:

Abang Long said...

Iblis dan Syaitan sedang sakan bergembira.

aNIe said...

Semoga mereka yang ditahan akan selamat...

Memang ISRAEL JAHANAM...LAKNATULLAH!!!

Mimiamilia said...

semoga Allah selamat mereka..amin

Mulan said...

moga mereka sentiasa dilindungi Allah..