sebelum terlalu lelah, tersesat dan tersasar jalan pulang
biar berhenti di sini
duduk sebentar
melihat dalam diri
dan melihat selirat semalam
biarlah
sejarah mungkin berulang tapi peristiwa
tidak berganjak dalam catatan waktu
tiada sesal
ku senyumi jua marahmu
aku cemburu mereka yang dekat denganNya
aku irihati mereka kerana banyak infaq nya
aku ingin dekat dengan Mu tapi masih di sini
aku mahu sekali di samping RasulMu namun tetap di sini lagi
Doaku Ya Rob,
lembutkan lah hati ku untuk sentiasa mensyukuri rahmat dan memuji Mu
lembutkan lidahku untuk sentiasa melazimi ayat-ayatMu
lembutkan tubuhku untuk bangun pada sepertiga malam, berkhusyuk dengan zikirMu
No comments:
Post a Comment